assalammualaikum!
hello boys and girls!
tudiah, bapak lama baru nak buat comeback. my last post was somewhere like , err a year ago? hehe. i always plan to revamp the blog. konon2 nak tukar ke domain la apa la. dalam setahun yang lepas kalo ada yang perasan memang tukar domain tapi TETAP tak update post kan. sobs.
kisah tukar blogger - domain - blogger
2012 - konon2nya nak a step ahead la so aku pun ambil keputusan beli domain dotcom. tak mahal pun, dalam RM35 je setahun. setting masih sama iaitu posting pakai blogger. cuma URL saja la berubah from blogspot kepada dotcom. cewah. tapi disebabkan kekangan masa dan travel sini sana makanya blog terbiar la macam tu saja. masa tu aku masih ambil order MG, cuma tak sempat nak post kat blog je.
2013 - semangat masih waja, jadi aku pun bayar RM35 untuk domain yang sama. kali ni web hosting da tukar wordpress. menggagau jugak la cari setting sebab tak biasa (bimbo-tech) isk. sekali bila da sebulan camtu aku try nak login tak boleh. aku shoot email kat customer service depa, katanya RM35 free trial 1 bulan sahaja. to extend kau kena bayar RM11. malas nak argue, lantaklah. aku tukar blogger balik, apa susah. hidup lebih aman. hoho.
revamp blog
aku jenis yang suka cari info kat internet. kalo nak travel, camping, even nak beli tiket ETS pun aku suka nak google. so aku decide untuk share benda2 yang aku tahu kat blog ni. lepas ni instead of sharing pasal MG & craft, aku akan post pasal benda lain juga. yeay!
order MG
sebenarnya aku pun tak tahu bila boleh bukak order sebab yang order sebelum2 ni pun pending sekian lama. nak buat craft ni kau kena ada mood. kalo kau paksa jugak buat benda tu seriously akan jadi pelik. so aku taknak buat kelam kabut sebab semua makhluk gorgon aku jahit dengan penuh kasih sayang. so..paling awal bukak order insya allah JANUARY 2014. dalam kepala plan macam2 nih. nanti aku share kan satu satu ye.
okay, tu saja buat masa sekarang. blog masih compang camping dan sangat comot. sedih aku tengok. nanti aku betulkan sedikit demi sedikit ye, pelan2 kayuh, insya allah.
till then, bye!
No comments:
Post a Comment