aku jumpa info untuk join dalam company punya bulletin so decide untuk join sorang2. my colleagues macam pelik kenapa join dengan orang2 yang tak kenal. TETAPI apa salahnya sekali sekala keluar dari comfort zone and mingle around strangers kan? untuk trip ni aku kena bayar RM180. payment includes transport dari KL-sungai tembeling, transport ke campsite, makan & minum sepanjang di campsite. so kalo ikut itinerary katanya akan camping 3D2N kat dlm hutan tu. aku pun start packing apa yang patut.
disclaimer : ni 1st time aku masuk hutan selepas 15 tahun.
barang2 keperluan untuk individu
- foam mat - bagi aku agak penting, sebab tidur akan lebih selesa. boleh beli kat giant/tesco. harga RM20 kalo tak silap
- sleeping bag - juga penting, especially kalo kau tidur bawah fly sheet (open space) secara berjemaah. selain berfungsi sebagai selimut, ia juga menghalang apa2 jenis binatang merayap berlegar2 kat kaki, hehe. harga boleh kawtim ada yang mahal ada yang murah. aku punya ada orang belikan (tq moks)
- insect repellent - tolong lah bawak. dalam hutan jarang ada nyamuk tapi agas. benda ni sangat kecik dan kau tak sedar dia tiba2 datang gigit. penat tampar menampar dan garu menggaru. beli la apa2 tajuk pun. aku beli dalam giant je, harga dlm RM18
- torch light/ head lamp/extra batteries - macam aku yang bertugas di dapur (cewah) headlamp sangat penting. boleh membuat kerja dengan bergaya dan efficient gittew. torchlight senang dapat kan, tapi headlamp tu aku beli kat kedai hardware RM15 (beli masa kinabalu trip last year, masih bertahan ok)
- towel kecil/ kain pelikat @ kain batik - ni keperluan untuk mandi, tak perlu bawak towel besar sebab susah kering. kain pulak penting untuk solat dan bertukar pakaian.
- tshirt/seluar/undergarments - tengok itinerary korang lah. aku bawak banyak sebab 1st time kan. tak reti nak budget lagi. aku rasa kalo 3D2M utk perempuan 4 helai tshrt dan 3 pasang seluar da cukup kot. pastikan pakaian untuk tidur sentiasa kering. ini penting!
- selipar bertali - sebab kau akan sentiasa meredah sungai. tak perlu pakai trekking shoes. tapi selipar jepun is a NO-NO untuk hiking ke air terjun, selipar jepun bole wat untuk jalan2 kat campingsite je.
- dry bag - sangat penting sebab selain mengharungi sungai, kat waterfall tu sendiri sentiasa basah. imagine macam hujan tak henti2. ha macam tu lah. bole beli online, range harga RM45 onwards.
- wet wipes - cuci muka, dan untuk keperluan beristinjak di dalam hutan.
- toiletries - bawak yang kecik2 udah. masa ni la kau nak gunakan shampoo & bath foam yg selalu ada kat hotel2 tu. berus gigi pon aku bawa yang pakai buang punya.
- bag pack - semua barang2 ni sumbat dalam bagpack. setakat ni aku tak jumpa org bawa beg troli lagi masuk hutan. hehe. aku punya beli 2nd hand je, brand yang logo dia cap payung tu. almost 2 tahun aku pakai, bawak merata setakat ni alhamdulillah tahan lagi.
optional
- camera - water resistant please, macam aku cakap kawasan sekitar air tejun mcm hujan lebat.
- wisel - aku saja amik langkah berjaga2. in case emergency. beli kat daiso RM5 je
- powerbank - takkan nak cucuk plug camera/ipod kat pokok lak kan. so this is a must kalo kau pakai gadget. line telepon apa tajuk sekalipun memang takde, so bateri henpon leh save sket.
- jajan - kismis, snickers, kacang2, biskut2.